Wednesday, September 10, 2008

melepaskan yang terbaik...

kau yang terbaik..kau datang waktu aku kebuntuan..kau datang memecah segala yang terbuku di hati..kau buka pintu keimananku..kau tunjukkan aku jalan yang benar..kau betulkan langkahku..penghargaan buat kau kerana ikhlas buat diriku..aku percaya yang kau jujur..kau yang terbaik waktu ini, namun aku melepaskan kau..

kau harus tahu aku adalah manusia penongkah arus..aku suka melawan arus..aku perlu lakukan kesalahan untuk belajar erti hidup sendiri..aku perlu kawal segalanya sendiri..aku perlu ambil tanggungjawab ini sendiri..

jika kau jijik melihat diriku,itu terpulang pada dirimu..jika kau mahu menghakimi aku,silakan..ku sediakan kerusi buat kau duduk dan mengadiliku..silakan..

aku....aku memang degil..aku tak pernah mendengar tapi aku mencatat segalanya dalam diariku..aku tahu aku bukan selamanya muda,bukan selamanya sihat,bukan selamanya hidup..namun,aku sentiasa berdoa pada yang Esa..aku tahu aku bukan hamba yang taat,tapi aku sayangkan ALLAH..aku mohon ALLAH berikan aku masa buat aku..aku perlukan masa...aku amat butuhkan masa..

ya ALLAH, aku menadah dua tapak tangan memohon keberkatan hidup..supaya aku sentiasa dirahmati..AMPUNKAN SEGALA DOSAKU....amin..

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..