Saturday, May 31, 2008

baju biru...

baju biru..
sebuah tanda perpisahan kami..

baju biru
tanda kasihnya..

baju biru
menjadi teman di kala malam..

terasa seakan-akan dia menemani tidurku..memeluk ku dengan erat dan tidak melepaskan pelukannya itu...masih segar harumannya di setiap nafas yang kuhela..aku seperti jatuh cinta lagi..

tapi itu semua tidak mungkin..segalanya sudah berubah..itu janji aku..

teman paling lama...

hari ini, aku dan ibu, adik serta 2 sepupu kecilku ke majlis pertunangan..selepas beberapa ketika sesat di sungai besi akhirnya kami sampai ke rumahnya..

majlis ini adalah majlis temanku..aku berkawan dengannya pada usia aku 11 tahun..aku ingat kali pertama aku masuk ke kelas seroja itu, ayah kenalkan aku dengan anak sahabat seperjuangannya..pertama kali aku bersekolah di sekolah kawasan kem tentera..dan pertama kali kembali aku tinggal bersama ibu dan ayah..

aku yang masih terpinga-pinga ditegur mesra oleh nurhaslisda abu samah..sejak itu kami berkawan dan sehingga ke hari ini..rekod buat pertama kali aku berjaya menjaga ikatan persahabatanku..kawan-kawan dari sekolah rendah semuanya aku tidak tahu ke mana..
linda teman aku bermain bola dengan budak-budak lelaki di flat kami..bukan itu sahaja kami sering bersama dengan basikal mountain bikenya..aku rasa gambar aku berbasikal dengan linda masih ada..
kenangan yang seronok buat aku ingati ~smile~

tapi malangnya setelah tersesat, rombongan lelaki hafiz sudah pun meninggalkan majlis..tapi takpelah..gambar banyak...tengok jelah..

aku tersenyum melihat linda..cantiknya dia dalam persalinan tunangan itu..warna peach..sesuai dengan kulit putihnya itu..aku memeluknya sambil mengucap tahniah..jelas kelihatan dia berasa gembira dengan kehadiran kami sekeluarga..

itu janji aku..teman paling lama..aku akan ke majlis tunang dan kahwin kamu..ia tanda kasih aku atas persahabatan kami yang kekal 12 tahun hingga ke hari ini..

aku bila lagi??~tongue~ haha!

dia bukan milikku...

dia bukan milikku...dan aku butuh kekuatan untuk mengatakan yang aku bukan miliknya..semalam bukan untuk dia, namun untuk aku menebus kembali
apa yang patut menjadi kehidupanku..mungkin ku terlalu cemburu hingga merelakan apa yang terlintas di hati..malah aku sedar yang ia hanya untuk semalam..
terbayang perasaan di kala aku di tempat pertama..

aku mungkin manusia yang suka menongkah arus, namun pertuturannya seolah memberi aku nafas harapan. aku sedar yang dia hanya menyesali atas apa yang
yang telah terjadi suatu masa dahulu dan masih meneruskan perjalanannya tanpa memimpin tanganku, dia memimpin tangan orang lain.
semuanya berubah..dia bukan milikku..

aku perlu lari dari semalam.di pertemuan terakhir itu, penjanjian dimeterai. aku tidak akan ke majlisnya..majlis yang akan mengubah kehidupannya..
aku akan lari dari semua kenangan kerana ia membuatkan aku terus pandang ke belakang. aku perlu ke hadapan, masih banyak cita-cita yang perlu diisi.aku perlu
tekad.aku mampu menjadi seorang yang lebih kuat untuk masa depanku yang lebih baik..

kenangan tetap indah.. tapi ia akan kekal sebagai kenangan..masa membekukan senyuman dan tangisan..namun kenyataan akan menghempas segalanya..
aku perlu lari dari semalam...dia bukan milikku...

Friday, May 30, 2008

aku tersenyum lagi...

hari nie..aku lewat-lewat bangun dari tidur..dikejutkan dengan panggilan telefon..namun,selepas beberapa ketika aku terlena kembali..suara ayah menegangkan ketenangan aku..

aku yang tersentak dengan laungan ayah memanggil terus turun ke bawah..mengambil pakaian yang kotor dan menuju ke mesin basuh..tidak berapa lama ibu pulang ke rumah membawa makanan..ini yang buat aku suka bila pulang ke rumah,tentang makanan bukan masalah seperti di kota..aku perlu mencari makanan sendiri dan jika penyakit malas menghinggap..aku rela berlapar ataupun memesan makanan yang dihantar oleh lelaki berpakaian uniform..

aku membuka email, aku tersenyum lagi...dia akhirnya membalas soalan ku di facebook..paling gembira bila dia juga masih ingat kepada ku..dan bonus bagiku, dia juga mengirim komen menyatakan yang aku adalah yang pertama..berbunga gembira..namun ia hanya untuk mengisi tabung kegembiraan..yang lama tetap kenangan,yang bakal datang adalah masa depan..aku gembira kerana menerima khabarnya...

senyuman makin berbunga..apabila seorang teman dari zaman sekolah rendah menyapa di friendster..aku rasa aku kenal padanya..namun jika tidak, persahabatan masih boleh diteruskan..
katanya, dia terjumpa page aku dari linda..kenangan sekali lagi bertaut di minda..linda kawan sekolah rendah dan dia sahaja yang aku mampu jaga perhubungan sehingga hari ini..yang lain sudah terbang merata..aku tak pasti...

linda bakal bertunang esok..aku dan ibu akan bertandang ke rumahnya..bahagianya bila melihat kawan baik sejak kecil punya teman hidup..sedangkan aku masih tidak berpunya..~grins~
teringat pada mimpi yang lepas...betulkah aku akan menamatkan zaman bersendiri di kala aku berumur 30 tahun...

biarlah...masa penentu...aku tersenyum lagi...

Thursday, May 29, 2008

rindu...

owh rindunya aku pada sang internet...hampir 2 hari aku berpisah dengannya..seperti 2 tahun rasanya...angau...~grins~

dah 2 malam aku di melaka, dan 2 hari la aku tak berinternet..rupanya ateh jah,jiranku baru seminggu memasang telefon dan internet..akhirnya aku tersenyum..

tak perlu aku ke cyber cafe di sungai udang di malam2 buta..tentu-tentu ayah dan ibu bising bila aku pulang ke rumah..dalam 2 hari aku di sini..punya banyak cerita hendak aku muatkan di blog ni..tunggu masa je..ngee~tongue~

tersenyum....

my sorrow..

last night i had a fight wit my mum...its hard when i start to be honest wit her..,that is why i kept all my secrets from her.

she's supporting mother, but somehow there are certain things, we both standing in a different side..i love her so much,but there are sometimes i have to lie to her..

all day night,i think that I'm not a good daughter.been crying all night long..i start to text someone that i never ever met..starting with a little conversation,end up with a story telling about what is happening..what i felt that night..my sorrow had been shared with a stranger..

but still, he gave me such a simple and meaningful words to me.makes me fell better than worst..exactly things that I really want to hear..

HOPE i can overcome these feelings..

Tuesday, May 27, 2008

don't turn back!

'How bout a round of applause...Standing ovation...'

lucky a car hit me..i almost crossing a wrong side of road..

its hurt but lucky me..thank you to the drunken driver..he give his hand to make me stand up..but, i saw something in his finger..omg!this is ridiculous, im outta here..run!don't turn back...



permainan lelaki...

aku duduk dan bertanya sendiri...masih wujudkah permainan di kalangan lelaki..
siapa yang berjaya menambat hati si wanita,dialah jaguh..permainan lelaki yang tak celik akal..
yang mereka tahu adalah keseronokan menewaskan si wanita..

arghh!!mengapa jadikan wanita alat permainan..bukankah wanita patut disanjung seperti ibu mereka..kerana wanita mereka lahir ke dunia..

mengapa perlu mereka bermain permainan ini, sudah habiskah permainan video,ps2 atau ps3 di dunia ini..kalaupun hendak menjadi jaguh,biarlah jaguh di medan ilmu..jelas mereka tidak berfikir panjang..jadi,aku perlu berhati-hati...setiap langkah harus diatur teliti..supaya aku tidak kecundang di tangan lelaki-lelaki spesis ini...mereka seperti tidak punya perasaan...

dunia, masih wujudkah lelaki berperasaan??

menongkah arus..

pagi ini aku baru sedar yang aku manusia yang hidup menongkah arus..aku bukan seperti orang biasa..aku adalah orang yang sukar diramal perbuatan dan tingkah..

apakah aku harus teruskan perjalanan ini, ombak yang melanda namun aku tetap berdiri..gagah kah aku untuk menahan ombak yang lebih besar dari itu..mungkin aku hanya berpura gagah padahal aku sudah banyak kali diarus laut ke tepian..

mengapa aku merindu pada yang bukan milikku..aku merayu yang bukan untukku..aku memapah yang bukan santapan ku..aku melihat yang bukan permataku..

ALLAH maha esa, Kau tunjukkan petanda buat diri yang gelisah ini..yang seperti tidak mahu menerima kenyataan hakiki..jiwa makin sepi..sesepi malam tanpa bunyi cengkerik malahan deruan angin..apa yang perlu aku lakukan..

aku terus menongkah arus..aku terus menongkah arus..dan terus...

Monday, May 26, 2008

menunggu...bukan diriku..

jam berdetik lg..
aku memandang lesu jam di sudut skrin laptop...masa berjalan..dari minit ke minit..

argh..ini bukan diriku..menunggu pada yang tak pasti..
bukan perkara penting ia dalam hidupku..namun mengapa aku perlu menunggu..
jiwa memberontak..
aku perlukan sebab yang kukuh untuk meneruskan penungguan ini..perlukah??

mungkin aku perlu berhenti.masa sudah berakhir.peluang sudah mula pudar.
aku takkan berikan buih peluang ini lagi kerana ini bukan diriku..

sangat kelakar...

patutnya hari nie aku ke bank utk ambil duit..
disebabkan aku tiada kad bank,aku perlu keluarkan duit melalui buku...

sibuk bersembang dengan makcik-makcik ku di ym..
tgk jam dh pukul 4.30ptg, ingt sempat lagi..
rupanya aku lmbat 30 minit sebab bank tutup pukul 4.30 petang bukan pukul 5...

aiyo..akhirnya plan bertukar dari a smpai z..ada back up plan,tp macam tak kukuh je..
sebab duit dah takde dlm purse..ada la beberapa ringgit..~tongue~

aku patut buat kad hari tu..haha!~grins~

isnin yang penuh rahsia...

harini..aku janji utk ambil sara di tempat kerja..
bangun dari tidur, aku mencapai handphone..4 new message..2 dari sara, satu dari dewi dan satu dari jeamie,salsa..aku trus membaca mesej2 itu..aku menggaru kepala..

rasanya semua plan harus diubah..aku terus telefon makcik ku, bertanyakan kul berapa yang dia akan datang mengambilku..aduhh!!pukul 5.30 nak gerak..paling lmbat kul 6 baru smpai di shah alam..mcm mana nie..aku pun terus msj sara kalau-kalau dia nak aku ambilnya dengan motor..tapi,no respon..marah agaknya...

lepas je mengemas bilik sara, aku terus mancapai tuala dan mandi..selesai je aku turun ke bawah,minta tolong cik aishah bukakan pintu..lepas je bersalam dengan kakak sara..aku balik ke sarangku..

semuanya perlu diatur kembali..aku perlu pujuk sara dan pastikan semuanya berjalan mengikut rancangan..dan hari ini..banyak rahsia yang terbongkar...

Sunday, May 25, 2008

dah jumpa akhirnya..

selama beberapa tahun pencarian aku dan kakakku berakhir hari ini..
aku telah berjumpa dengan lelaki yg pernah bergelar ehem ehem..

rupanya dia masih hidup..aku dan kakak pernah berputus asa, dan buat kesimpulan dia sudah tiada lagi di dunia ni..habis tu,dah puas menyelongkar friendster dan myspace, akhirnya facebook juga yang menemukan dia.

owh merah padam muka aku bile sara buka page si dia, mana taknya..dah lebih 8 tahun aku x pernah berhubungan dan melihat wajahnya.."dia dah gemuk"

itu perkataan pertama yang aku lontarkan sejurus aku lihat page si dia..wahh!!sungguh tak percaya...dia antara lelaki pertama yang aku pernah "date" sebabnya dulu perangai aku mcm budak lelaki..keluar pakai cap, rambut pendek..
tapi dia kata, dia suka budak rambut pendek..sebabnya..aku kurang pasti..

pertemuan antara aku dan dia, boleh dikatakan sangat sadis..sebabnya, aku pernah cuba nak padukkan dia dengan teman baik aku di sekolah, tapi akhirnya dia jatuh suka pada aku..kelakar pun ada..lelaki suka budak tomboy macam aku..ngee~tongue~

pertama kali hari jadi aku bersama dia, aku dapat sekeping kad dan a "musical flower"..
i love it so much because that was the first time ever I felt such a felling..
angau sangat..boleh bayangkan tak,tomboy bercinta...~smile~
tapi kami bertahan tak sampai 3 bulan..sebabnya..aku juga tak pasti...

kami berpisah masa hari raya..aku ingat lagi dia hantarkan sekeping kad yang mohon maaf dari aku..
kenangan yang masih segar lagi..~smile~

seronok juga bila jumpa orang lama..banyak cerita boleh muncul..

makan budak!!!

2 malam yg lepas aku didatangi mimpi yang sangat mengerikan..

mlm pertama buat minggu ini aku tidur di rumah sara, pertama aku bohong pada kawan baikku tentang arah tuju aku malam semalam..
mungkinkah kerana aku sudah puas berusaha menggapai bintang di langit??
atau, adakah ini sumpahan..

mimpi umpama realiti yang bernafas ngeri..
ceritanya, aku berada di dalam hutan..ada seorang kanak-kanak lelaki ditangkap oleh seorang wanita suruhan makhluk yang makanannya adalah manusia..gerr!!wujud kah makhluk sialan nie..akujuga tidak dapat pastikan jantina makhluk psiko nie..

aku menyaksikan dengan mata aku yang belum rabun nie, macam mana makhluk tu menghisap darah budak lelaki yang umurnya lebih kurang 5 tahun melalui tangan kanannya..
jelas kelihatan budak lelaki itu mengalirkan air mata..tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa..

hanya kesedihan dan ketakutan aku menemani keadaan gila itu..namun aku tidak mampu berbuat apa-apa..owhh, aku juga ketakutan..wanita suruhan tu pun hanya mampu memegang tangan dan menangis..gosh!bodoh punya orang suruhan..

tapi,mengikut firasat aku,mungkin wanita suruhan ini pernah cuba melarikan diri namun makhluk itu berjaya menggagalkan usahanya itu..

lepas je tgk wanita suruhan tu menangis, makhluk yang sedang asyik menghisap darah budak lelaki yang mukanya dah berubah biru, owhh...gila...nie sume keje gila..
opss..tp aku rasa skng nie, makhluk tu dah nampak aku, dan perkara yang paling penting sekarang adalah............lari!!!!!!!!!!

aku lari bukan hanya tak cukup tanah, tapi mungkin dah habis tanah..memang ketakutan tahap dewa..ya Allah, tolongla aku...!!
akhirnya aku berjaya melarikan diri dan smpai ke sebuah bangunan..arghh!!tp, makhluk tu tetap mengejar aku..cuma dia dah tak boleh buat apa-apa..sebab kat situ ramai orang.. yang aku x puas hatinya, ingat nak gunakan orang ramai nie utk hukum bunuh je diaa..tapi..di akhir cerita dia dapat pengampuanan..lepas tuh dia senyum kt aku..mngkin dlm hati dia berkata
"haha!siap kau aku dh terlepas dari hukuman, lepas nie....makan budak!!"

waaargggh!!!aku yg ketakut tros tbgn tido...gerrr!!!sara masih tido lena..
nie gila..semua nie gila!!

bila jiwa tak bersatu

kebosanan melanda dengan teruk..
keseronokan bukan kerana gelak tawa..
tp kepuasan jiwa aku bersorak..

hujan rintik-rintik

aku dan sara bru lepas swimming...tp, kami tpaksa berhenti sebab hujan rintik-rintik..

smbil tenangkan fikiran..aku bercerita tentang mimpi aku semalam..

"ayah suruh aku bertunang...tp aku xde calon..malangnya, ayah dah siapkan majlis yg meriah buat aku, tp aku kata pd ayah..aku akn fikir tentang nie dan kawin waktu umur aku 30 tahun nnti..
dan ayah kata dia xkan sempat tengok aku kawin klu dia perlu tunggu lg 7 tahun..lorh!"

bgn dari mimpi tu aku tros mengira brape umur ayah bila aku berusia 30 tahun..sara kata pun tlalu lewat klu umur tu..tp,kenapa aku nk kawin pd umur tu..,sebab aku kecewa skg nie atau aku perlu kejar sesuatu..

perlu jawapan yg betul utk soalan nie..

lahirnya sebuah blog

25th may 2008

i have my own blog...!!yeahh!

bertemankan sara di sebelahku smbil melihat lagu love in this club by usher..
ngee...~grins~

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..