Monday, September 1, 2008

berbunga gembira..=)


Haha!kelakarnya rasa hati. Aku mangsa dalam peristiwa jumaat malam sabtu.. Selepas makan di Kampung Paroi dengan banyaknya, aku sakit perut yang terlampau. Satu misi menyelamatkan maruah aku dibuat sekumpulan abang-abang ICT.haha! tak dapat ku bayangkan betapa pucatnya muka aku menahan rasa sakit perut tu. Sampai berpeluh-peluh…Haha!lawak la..sampai je hostel kompleks ni, aku terus lari ke toilet melepaskan beban yang tergalas di perutku.wuuu…lega!haha!=p

Habis je urusan, semua mengejek aku..yelah, mana taknya..sampai ajak ambil gambar pun dah tak nak..semua nie gara-gara perut yang meragam..habis jadi bahan abang-abang ICT.harap2 tak terserempak dengan mereka di fakulti,kalau tak..masak aku kena bahan..

Esoknya,idea kotak TV menjadi setelah aku dan yang lain berhempas pulas memikirkan cara membina replica TV itu.. Kaler oren lagi..walau tak semenggah mana, namun aku berpuas hati.Terima kasih buat semua yang membantu aku menjadikan segalanya menjadi seperti yang dirancang, walau ada pertukaran di waktu-waktu akhir..Segalanya kedengaran berjalan dan tahniah buat semua..Kita patut berbangga…=)

Balik dari program, kami bersiap-siap pulang dan singgah makan di Man Tomyam..Pak Lah belanja..wah, makannya memang sedap belaka..ikan siakap masak 3 rasa tu memang sedap..tomyam pun sedap..tambahan makan bersama-sama budak kelas. Aku terasa kami akrab di saat itu. Aku akan merindui saat ini. Gelak tawa menemani makan malam itu, aku hampir temuntah kerana terover gelak..=p dwhy la nie…hehe!

Namun makanan berbaki sebab ada diantara budak kelas tidak dapat turut serta kerana ada hal hendak diuruskan..namun, langkah kanan buat imran sekeluarga. Dwhy, Nora, Wan, Zaid hantarkan satu set dari 9 set makanan yang ada ke meja imran. Imran malu-malu kucing, namun bak kata orang..kalau dah rezeki..=)

Aku tak sabar pulang ke S.alam waktu itu, kerana ibu, ayah dan adik ada di KL, ada urusan tentang makcik aku yang nak bernikah..abangah pun ada..wahh..kami sekeluarga dapat berkumpul bersama..aku berbunga gembira…=)

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..