peristiwa hari ini mengingatkan aku kenangan lama..
zaman diploma hingga ke ijazah ni. aku memang terkenal dengan prestasi datang lambat ke kelas..aku akui perkara ni, sebab masa zaman aku sekolah pun..akulah pengawas yang suka datang lambat ke sekolah.taknak kantoi datang lewat ke perhimpunan..aku terus buat2 jaga pintu pagar, ambil nama pelajar lain yang datang lewat..haha!aku memang pengawas tak guna..haha!=p
oklah, dipendekkan cerita hari ini..aku bangun jam 10, terus baca buku dan buat latihan untuk peperiksaan petang ini iaitu titas..lepas je jumpa balik nota-nota yang dah berkurun aku tak tengok, aku akhirnya penuh keyakinan bersiap untuk berperang. sebab dah terlalu bersemangat, aku risaukan pensil yang hilang sebab titas ade soalan omr..mungkin korang boleh bayangkan bagaimana keadaan bilik aku sehinggakan pensil pun hilang..haha!
aku turun awal tunggu kak lin di tepi jalan sebab dah terlampau ghairah sangat nak menjawab periksa..semangat berkobar-kobar nie..siap aku tegur mamat hensem kat tempat parking lagi..dan selepas itu aku sedar yang lupa bawak slip periksa..hahahaha!pucat lesi muka aku..sebab kami sampai di dewan lebey kurang pukul 2.00 petang, masuk dewan pukul 2.15..rasa nak pengsan pun ade sekejap.tapi kak lin terus bagi aku kunci kereta, kak lin ambil beg dan jacket jeans aku..masuk je kereta kondisi aku cuak yang teramat sangat cuak...cuak la tu..=p
start enjin pun tangan menggigil..hilang semua semangat berkobar-kobar aku tadi..huhu!
aku balun bawak kereta kak lin laju gila, sebab memang dah lambat.aku risaukan aku pasal tak dibenarkan masuk dewan je nie..sampai rumah, aku hampir tak boleh fikir mana aku letak slip tu..lepas 5 minit..jumpa dah!
sampai tempat parking aku cuba untuk lari pecut, tapi seluar nie labuh sangat dan aku terpaksa berjalan laju,takleh lari..sampai je kawasan beg2 orang kat luar dewan, aku tak tahu mana beg dan jacket jeans.kekalutan semakin parah, dan aku akhirnya melangkah tanpa arah..masuk dewan yang tak macam budak2 batch aku aku...pelih aihh??dan semua orang pandang aku..yang perlu aku buat waktu itu adalah..keluar cepat!salah dewan la wehh..=p
aku akhirnya menuju ke dewan seri budiman, dan aku nampak jacket aku dan beg aku. aku pun masuk ke dewan dan cuba cari meja yang kosong di barisan meja kawan2 aku.tapi kaannn..haha!takde langsung meja kosong..ya ALLAH, ada2 je benda nak lambatkan aku..
akhirnya aku ditempatkan jauh dari budak2 batch aku..nun jauh diselitkan dengan budak2 law sebab ade buka constitution atas meja dorng..tapi takpelah..asalkan aku boleh jawab paper titas nie..
langsung semua yang berlaku mengingatkan aku kenangan lama masa aku diploma banking di segamat..selamba datang lewat untuk final paper, lastnya aku kena naik atas pentas..tak macam semua mata memandang aku kan??hahahahahaha!tapi masa tu aku gila.dahla masuk lewat tapi keluar dari dewan setengah jam sebelum waktu exam tamat..haha!bertuah punya budak!=p
No comments:
Post a Comment