Monday, November 3, 2008

tertindas???

tertindas??apa tuh??
dalam waktu moden macam ni masih ada yang rasa begitu dan mendiamkan diri..menyuruh orang lain menyuarakan sesuatu yang ada di dalam hati..kenapa tak luahkan sendiri..mana keberanian sebagai orang media..persetan pada apa yang orang kata, siapa pun tiada hak nak tentukan apa yang kau perlu fikir dan buat..kita sendiri kena bangun kalau x puas hati..suarakan..

aku jadi tak faham bila ada pihak yang berkata belakang, benar..ini salah satu dan walaupun kau ada hak, gunakan bahasa kalau nak menegur, biar ayat itu ayat teguran..kalau nak marah, biar ayat itu ayat marah..aku rasakan itu bukan teguran atau marah namun penghinaan..kau guna ayat untuk menghina orang sehingga menjatuhkan kredibliti..cuba kaji balik..dan benarkah landasan yang kau gunakan itu untuk menjadi wakil majoriti, dan tidak bersikap peribadi..jangan jadikan orang lain alasan untuk kau berasa selamat..

aku tak sokong sesiapa..sebab aku tak pernah ambil peduli..kalau sekalipun orang berkata tentang aku..aku tak pernah ambil masuk dalam hati..bagi aku ini semua adat dunia..aku takkan sokong sesiapa..

kau tuduh orang lain tak matang, sebab kau pun gunakan senjata perkataan.mana kematangan kau..kematangan menjaja yang mereka tidak mampu menerima kesalahan dan tidak memohon maaf??itu hanya suara lantang kau dengan kata-kata yang ditulis bukan diucap..patutnya kau pastikan mereka bertentang mata dan selesaikan segala hutang amarah..ini, kau tuangkan minyak di bara api..

kau palungkan gong yang kau itu menjadi hero pada gadis2..yang kau telah menjalankan tanggungjawab kau, dan orang lain itu tak boleh terima kenyataan.kau kata mereka rasa hebat..
kau yang kata begitu..kau ada kebebasan bersuara, tapi atas landasan apa yang kau guna untuk menjadi pengkritik setiap perbuatan mereka..dan kau rasa perbuatan kau mencanang cerita ini dengan cara begitu cara yang betul??

apa kata kau pun duduk di depan cermin dan kaji perbuatan kau.jika kau diperlakukan begitu, adakah kau akan tersenyum dan gembira. ikut logik dunia, tiada siapa yang ingin mengaku dirinya salah, lagi-lagi dengan cara kau yang kononnya menegur itu..jangan terlalu bangga mengata orang lain bertindak seakan budak kecil, apa kata kau kaji balik setiap perbuatan kau, kalau kau kata ya, kau bertindak sebagai yang matang..silakan..hidup dengan perasaan itu..

lumrah manusia membuatkesilapan sebab manusia ini memang tak pernah sempurna..namun kurasakan jalan terbaik adalah berbincang..kalau benar kau berniat untuk menyelesaikan segala masalah yang melanda, gunakan cara paling dihormati iaitu berbincang.usulkan wahai yang dikatakan tertindas, luahkan wahai siapa yang dikatakan tertindas..adakah dengan kebebasan bersuara lantang dengan perkataan di ini melegakan hati anda??tanya diri...

kalau nak selesaikan permasalahan cuba selesaikan dengan cara paling efisyen bukan paling SEKSIS!!

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..