Tuesday, July 29, 2008

karok sampai tertido..

haha!blom cerita je aku dah rasa lawak gila..pukul 6.30ptg kamal call aku kata nak pergi karaoke..dalam hati aku ingtkan dorng nie ajak pergi awal pukul 8mlm sebab memikirkan esok ade kelas dan kamal kerja..rupanya dorang nak balas dendam lama..

aku dengan semangatnya kata ok..misi karaoke ini disertai oleh aku, zaid, wan dan kamal.kami berempat sampai lebih kurang pukul 9.30mlm, kena charge student rate sampai pukul 1 pg..mak oii,gila lama weh..tapi xpe semangat masih berkobar-kobar nak karaoke..

3 jam pertama aku mmg agresif, masa tengah byk tenaga, aku siap menari-nari terutamanya lagu pencinta wanita, time tu zaid nyanyi..tapi,masuk jam ke empat aku rasa aku dah mula flat..aku pergi toilet pun dah 2,3 kali..nak nyanyi tekak aku pun dah rasa nak tercabut..sume kamal nye idea.. pakat nyanyi lagu meneran je..

aku dah mula baring-baring kat sofa.tapi masih boleh layan satu lagu sambil baring..akhirnya,aku dah mula tidur masuk jam ke lima dengan nyenyaknye walaupun bilik karaoke tu nak pecah dengan sound yang kuat ditambah dengan suara menjerit kawan-kawan aku nie..haha!gile kan..penat punye pasal..tempat macam tu pun aku leh tido..=p

time nak balik dorang kejut aku tu, aku mmg rasa nak terjatuh sebab mamai sangat..tapi bila dah mula berjalan dan bersembang, aku dah segar balik..

kami berempat yang kelaparan akhirnya membeli makanan di 7E. seawal waktu tu, penghantaran makanan seperti mee hoon goreng, sosej dan sandwich di buat..wan dan aku terus je beli mee hoon yang baru sampai tu..senyum je mamat kat 7E tengok gelagat kami..riuh 7E tu kejap dengan kehadiran kitaorang..

dah pukul 3 lebih, kamal pecut balik ke s.alam dan akhirnya kami makan di tepi jalan dekat dengan flat aku..piknik ala baru tau pagi2 buta..,tepi jalan lagi..haha!nasib abang polis yang lalu buat tak tau kat kitaorng..=p

haha!tapi harini mmg best..karaoke sampai tertido..puas hati aku..balas dendam lama..=p thx korang!=)

Monday, July 28, 2008

tahniah buat diri...=)

aku tak pasti mengapa aku tidak tidur lena semalam..seperti rasa gelisah tanpa punca yang jelas..aku memang uzur, tapi ini bukan hari pertama..

aku mungkin tidur pada jam 4 pagi selepas memaksa diriku untuk tidur..aku perlukan rehat kerana seharian ahad aku berjalan dan bershoping sakan bersama sara..

pagi itu, aku sempat melihat sara bersiap untuk ke ofis, namun aku tidak dapat memandang dengan betul kerana mataku sakit akibat tidur 3 jam sahaja..selepas menghantar msj kepada beberapa orang yang penting, aku menyambung tidurku..

tepat pukul 10 aku terjaga..perutku sakit yang amat sangat, aku menyapu losyen gamat untuk menghilangkan rasa sakit itu, namun tidak berhasil..aku gagahkan diri ke bilik air dan mandi..
selepas mandi, perut masih terasa sakit..

aku nekad naik bas balik ke rumah dengan beg tergalas di bahu.walaupun aku rasa nak pitam, badan ke berpeluh menahan sakit akhirnya dan sampai rumah dengan selamat..aku berjaya mengatasi rasa sakit..
tahniah buat diri sendiri..=)

Saturday, July 26, 2008

confuse..

no one ever fall into this shit..
situation where feelings become unstable,and focus becomes faded..

from outside, they see me happy like a clown, but inside i fell empty like a can..
i hardly believe that im still on track..
but i know all this because of HIM..i love HIM so much..the only reason why im still breathe

Friday, July 25, 2008

hari enjoy

haha!bila kata je hari enjoy ni..bukan enjoy sikit-sikit tau..enjoy katak punya..

oklah pagi ada kelas pak lah, setelah berkira-kira untuk ponteng kelas, akhirnya aku melangkah ke kelas..dengan mata yang berat dan dengan perut yang lapar aku tetap gagahi penungguan bas

masuk je kelas,pak lah memandangku kosong..aku dengan muka selamba mencari tempat duduk..haha!kalau ikutkan lecturer garang mahu ditelan-telan budak macam aku ni..kelas mula 8.30pagi, 9.30 pagi baru masuk kelas..=p

lepas je mengajar ala kadar, pak lah nak dengar perkembangan tentang projek komuniti..wan dengan berat langkah menerangkan status projek tu, dibantu oleh nora yang dah kurus..hehe!=p

semuanya berjalan dengan baik, habis je kelas, yuyu tiba-tiba bawa keluar beg yang penuh dengan baju-baju..kelas mass media dah bertukar jadi kelas beli belah..haha!yang lain tak lepas peluang membelek baju- baju tu.ada yang dah siap cuba lagi kat kelas...erm..laku gak jual baju kat kelas, aku ingat lepas ni, aku nak jual karipap kat kelas..dengan resipi ibu aku rasa mesti laku kan?haha!=p

oklah,aku dengan nezha dan yang lain terus mencari makanan tengahari..aku memang serius lapar gila, tapi bukan teringin nak makan nasi..tapi makan soto..

lepas je makan, aku mesej wan ajak main bowling..yang syoknya,wan dan zaid terus on..aku dengan nezha pun terus bergerak ke PAS.tiba-tiba kirin dengan lia pun nak join..apa lagi kami teruskan misi main bowling ni..biasalah wan,mesti menang punya..budak kecik pun x kurang hebat..kalahkan aku..ceh!

selesai main bowling, kirin dan lia pun bergerak nak balik kampung diaorang..aku dan yang lain terasa nak minum, jadi kami makan di stesen kopitiam..aku makan buat kali kedua utk hari tu..ish,perut macam perut jin..=p

malam tu pulak, aku, wan, zaid, dy dan alin pergi karaoke kat klang parade..wan bawa kereta punya la macam pelesit,kelam kabut..sakit jantung aku..alin yang duduk depan,dah mengucap panjang agaknya..walaupun wan dah cuba bawa selaju yang mungkin,sayangnya kami terlewat..ada masa satu jam je nak karaoke pun..tapi xpela..asalkan dapat lepas gian nak karaoke..dengan muka agak sedikit hampa kami pun balik..

tetapi di saat semua sedang meratapi kehampaan, zaid tetiba tegur satu sign board yang macam ?@@#$**! haha!lawak gile..nak tengok??!!haha!kami gelak besar dan mula maki siapa yang takde keje buat mcm tu..zaid turun dn tangkap gambar..tgk bwh nieh!!haha!=p



lepas je dari tu, kami lepak makan di a&w..aku balas dendam makan lagi sekali..kesimpulannya,hari tu, hari enjoy aku..haha!terima kasih kawan-kawan...!syg korang!=)

Sunday, July 20, 2008

shopping lagi..

inilah akibatnya bila duit ptptn dah keluar..sampai bank islam pun boleh out of money..kesempatan diambil seluruh pelajar utim ni untuk membenlanjakan duit tersebut..aku tidak terkecuali..cuma kali ini kesedaran mungkin dah ada sikit di sanubariku..dan memandangkan semester terakhir ini, pelbagai projek yang akan dilaksanakan..aku menyimpan sedikit peruntukan untuk menampungnya..

aku tetap bershopping, tapi lebih ke arah keperluan belajar aku. hari ini, aku dh habiskan lebih kurang 200 ringgit untuk membeli ink printer dan lain-lain. baru aku tahu duit ni berharga sangat, kalau tak harus aku dah enjoy katak dengan duit ptptn nie..

sara teman aku ke digital mall..walaupun dah lewat keluar tapi mission tetap terlaksana..cuma sekarang aku tgh download software dia..dh nak dekat sejam,baru 13 peratus je download..huhu!

owh,lupa plak..amyn kena denggi..huhu!muka tak larat je masa aku dan sara datang..tapi bila gurl dia datang tetiba je segar..mungkin sbb teruja kot..entahla...macam-macam hal..manusia kan..

oklah..malam ni ad meeting tv directing buat pertama kali..aku harap everything goes smoothly..aku tak sabar nak perform for this subject..harap-harap enjoy dengan group baru ni..gambatte ne!!!!!!!!!=)

Thursday, July 17, 2008

the dark night...an honor to heath ledger..

bermula idea tengok wayang nie dari zaid. patotnya tengok keesokan hari tapi bila zaid dan kamal rancang nak tengok wayang malam ni juga.pada awalnya,aku seperti ingin menolak..sebabnya,esok ada kelas pagi 8.30..

tetapi memandangkan dah lama tak tengok wayang bersama,aku turutkan..diaorang kata nak tengok dark night..pasal movie2 dari komik nie, serah kat diorang berdua..aku memang kureng sikit..aku ikut je,tapi klu x best movie ni,aku penggal kepala 2 orang nie..alamak,lupa pula aku x boleh pulak x ikut dorng,sbb kat tangan aku ada 4 ringgit je.petang td aku tak sempat nak keluarkan duit dari bank islam sbb kad aku dah hilang..terpaksa pinjam duit zaid..zaid punya semangat, siap pakai baju dark night lagi..haha!kena perli nak buat moody dia..biasala..zaid..

kamal pula aku tengok macam melayan jiwa, teringat kat sape pun aku x pasti..tapi yang penting seat kami yang berada 2 dari depan tak mematahkan semangat mereka..=p

oklah,masa dah masuk je entrance, 2 orang mamat nie nak buang air.aku plak kena pegang air dan pop corn. kamal yang masuk dulu, pastu zaid pun ikut, tp sebelum tu dia kata kat aku
"ala tunggu kejap je aku k!@$$$$ laju..!" siot punya zaid,x perlu kot bgtau aku pasal hal tu..masuk jelah toilet...

tengok2 btol dia keluar dulu,dengan muka bangga dia ulang balik ayat di atas..xpela,x sanggup aku tulis balik..kamal keluar sambil membebel, dia kata zaid x basuh tangan kluar dari toilet..aiyoo!!mereka berdua nie..memang selekeh..tapi yang best, popcorn yang zaid beli tu kami makan bersama walaupun aku berfikir kalau betul zaid ni x basuh tangan..ingat2 balik,kembang tekak beta..=p

movie pun bermula, dari mula je aku dah berkenan dengan cerita ni. susunan dia baik, moral of the story pun ada..yang paling penting,batman sangat hensem..hehe!dan joker mmg joker,dhla buruk,jahat plak tapi after all, dia kelakar juga..hehe!=p

nway,dari aku mengantok dh pukul 12.30pagi khamis, x tido lagi, mata jadi segar,kelas paklah esok pun aku dah x heran, yang penting aku enjoy tgk movie nie..berbaloi sgt..end of the movie,sume orang tepuk tangan,kagum dengan batman yang baik sgt xnak bunuh joker tu..haha!=p

taknak la cerita penuh psl dark night, so u guys should not miss this movie..the last honor of Heath Ledger sebagai Joker yang meninggal pada januari tahun ni...

sebenarnya,if nak tengok lagi sekali pun pasti aku teruja..cerita nie mmg best!!=)

Sunday, July 13, 2008

bertukang di petang ahad..

hari ahad..aku bangun pukul 10.30 pagi..terkejut kerana terlajak tidur..aku suruh sara call hp kyrul. semalam aku janji dengan kyrul untuk bermain tenis di uitm. dem it!mesti dia bengang dengan aku..

aku terus mencapai hp itu, dengan suara baru bangun tidur aku memohon maaf darinya. mesti kyrul akan berhati-hati bila aku ajak dia main tenis lagi..huhu!sara bangun dari katil dan terus ke bilik air..aku di atas katil menyesali kejadian pagi tadi..

setelah sara siap, aku pula masuk ke bilik air.bukan mandi, tapi hanya gosok gigi dan basuh muka..
aku terus turun ke bawah dan menuju ke ruang depan. ibu sara dan kakaknya sedang bersembang..sara bangun dan mengajakku sarapan..

lepas je sarapan aku dan sara meneruskan misi kedua. bertukang di bilik kecilku..pakcik gemuk kata aku poyo sebab barang2 ikea tak perlu betukang..siot je..dia bukan tahu apa pun..biarla..=p

aku dan sara smpai di rumah aku dengan 2 orang anak buah sara, arjuna dan kelana.yang si kelana ni sampai menangis-nangis nak ikot kami. selepas berjanji akan berkelakuan baik, sara simpati.aku pun tumpang suka sebab ada juga bantuan-bantuan kecil dari 2 hero ni.
tapi,selepas mereka lihat tangga rumah aku,mungkin rasa menyesal timbul di hati si kecil ni..haha!aku janji aku akan buatkan mereka air ribena.rasuah sikit..=p

selesai mengangkat barang, kami pasang kerusi,meja dan lampu meja aku. tapi bahagian paling menyampah masa nak pakukan penyakut baju yang baru beli tu..ya ALLAH, punyalah murah kayu pintu ni, paku dah lekat pun boleh tarik pakai tangan. kesudahanya, kami pakukan penyangkut baju di dinding bersebelahan pintu. retak habis dinding bilik ni..nasiblah bukan rumah aku pun..haha!=p

kami ubah kedudukan katil aku dan almari baju. semuanya nampak lebih teratur dan bilik kecil ni nampak ada lebih ruang..erm lebih selesa bagi aku..

terima kasih buat sara dan dua hero kecil..yang pasti aku dan sara masih boleh bertukang tanpa orang lelaki,ini menunjukkan kami mampu berdikari walaupun senget benget paku kami..haha!=p

nway..it was fun!=) luv u sara...

Saturday, July 12, 2008

misi di ikea..

aku dan sara ke ikea. misi kali ini, aku perlukan sebuah meja belajar, kerusi, rak buku dan beberapa barang yang berkaitan..

dulu mungkin aku terbatas untuk beli semua ini sebab aku berkongsi bilik dengan kawanku. tapi semester ini aku tinggal sendirian. diriku bebas!hehe!seronok betul..=)

misi berjaya setelah aku berjaya mendapatkan semuanya dalam budget yang telah ditetapkan.
tapi,ada satu peristiwa di ikea yang agak menakutkan la..haha! sedang kami bersembang tiba-tiba terlanggar kaki lelaki di hadapan kami. sara yang tolak troli ikea tu..sakit seh,aku dapat beyangkan...kesian...haha!merah muka abang tu memandang kami, agaknya nak ditelan-telan kitaorang ni. tapi yang mampu kami katakan hanya..sory bang!haha!=p

namun kami menyedarkan lelaki itu, lain kali jangan jalan macam siput dekat ikea sebab orang ramai dengan troli besar..haha!ngee!=p

Friday, July 11, 2008

kembali..

bismillah...
setelah sekian lama aku menyepikan diri..kini aku kembali mencoret blog ini..
aku tak punya cerita menarik untuk dikongsi cuma malam ni sara akan makan malam dirumah aku..dia teringin sangat nak makan ikan pari msk asam pedas tu..kebetulan aku tidak ada kelas harini..jadi, boleh juga aku mengisi masa lapang dengan memasak.

kami hari ini akan makan berempat semeja.aku pelawa "pakcik" untuk datang makan bersama.entahlah,katanya tiada masalah untuk datang. Risau betul dia takut kena investigate dengan sara..sara nak buat apa pun..nak kenal siapa dia..

sekarang aku agak kecewa dengan 2 orang sahabat yang janji nak dtg..tapi zaid kata dia tak boleh datang..wan aku dh masakn ikan kembung..entahlah..sedey seh..huhu!

aku harap dia ada penjelasan yang baik sebab aku dah masak banyak ikan ni, sape pulak nak menghabiskan..=p

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..