Tuesday, November 11, 2008

nak balik melaka laaaa!!!!

ini semua azrid punya pasal..kalau dia tak call dan hangkan handphone aku, aku mungkin akan dengar alarm yang aku dah set tadi dan bangun......azridd!!!

sedar2 dah pukul 5.30 petang..kepala hotak, nak kejar bas pun tak sempat..macam nak sempatnya kalau bas pukul 4.45petang. mungkin bas tu dah nak sampai seremban dah!!!!!!uwaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

sekarang ni aku takde crt dan tiket tu adalah duit terakhir yang aku ada dalam tangan..aku buat ngam-ngam je nak balik hari ni....macam mana nak balik nie???

aku nak balik melaka laaaa!!!!!!!!!babi!

kesudahan yang baik..

hari ini hari penutup hari-hari penentu itu..

aku telah pun selamat menduduki peperiksaan terakhir untuk ijazah terpenting ini..semuanya berjalan dengan tenang..dengan sempurna.dengan harapan yang lebih cerah..seperti mengikis segala masalah lampau yang cuba menipiskan harapan..

kini, aku ingin terus lari ke pangkuan yang tercinta yang teristimewa dalam hidupku juga yang terpenting..ingin bermalasan sambil melayari hidup sebagai pengangur..dan kemudian aku akan kembali ke kota..berjuang untuk satu tujuan..dan tujuan itu hanya aku mampu merealisasikannya..

aku senyum hingga ke pipi..dan mahu jerit sepuasnya...merdeka!!!!yang lain dah tak penting!!!dah tak penting langsung walau sedetik walau setitik..terima kenyataan itu..kau dah tak penting lagi..

aku punya kesudahan yang baik..lebih baik...

Sunday, November 9, 2008

realistik??


aku sedayanya berfikir seperti secara realistik..namun azam dan cita-cita seperti menyangkal segala percubaan pemikiran itu..

aku perlu duduk, dan perlu tenang..
langkah perlu di atur.. cabaran perlu dikenal pasti..

realistik cuma untuk orang yang lemah dan percaya pada takdir..
segalanya MUNGKIN..


jangan kau datang lagi...

aku harap perasaan itu tak pernah datang lagi...jangan kau datang lagi..

sejujurnya, aku merasakan perasaan itu mesra dengan aku..kerinduan lama bagai terubat..namun malu seakan menebal di hati...ludah sudah dilemparkan..penuh sombong..penuh keyakinan..

adakah mungkin perasaan itu hadir kerana aku bersendirian, adakah kerana hanya itu yang aku punya..dan aku tak mampu menghargainya..dan mungkin kerana aku terlalu ego...tak mahu mengakui perasaan sendiri, dan cuba sedayanya membohongi kebenaran..

terasa bagai aku sedang tunduk..mencari ludahan kesombongan aku, dan cuba menjilatnya kembali..

Saturday, November 8, 2008

come on MU!!!

sara and i watched the match between arsenal and MU while eaten our dinner.arsenal scored one goal in a first half time and second goal in a second half time. ..i was so pissed off and almost shout at the restaurant.and i did!!!.dem!!MU!!!what happened to youuu.....guyssssss...??last match u did score one goal...and first team to score,but this time...ronaldo honey...are u ok??xoxox!

10 minutes before the game ends, sara and i couldnt't stand watched lousy performance by MU and start paid our meal and went out from the restaurant..i asked sara to drop by 7eleven because i want to get a prepaid. while passing by khulafa, we saw MU scored the first goal..we were so happyyy..=)

COME ON MANCHESTER UNITED!!!!u can do it!!!i dunno whats the score now..but im hoping that atlist 2-2 score...

i hate arsenal!and i also frustrated with MU tonight..a bit laa..=p

Friday, November 7, 2008

rindukan nenek..T_T

cerita aku dulu-dulu...
masa aku kecil kalau tak makan penampar nenek masa mengaji..kalau tak diherdik nenek dengan suara nyaringnya itu, mungkin aku tak kenal alif, ba ta..mungkin aku akan baca surah-surah al-quran dengan suara yang sengau dan tajuid yang berterabur..dan mungkin sekali aku tak mampu langsung untuk mengaji al-quran sehingga hari ini..namun nenek berjaya mengajarku sehingga aku khatam..

masa aku kecil setiap kali aku mengaji dengan nenek, air mata ketakutan mengalir di pipi ku mengiringi bacaan surah-surah al-quran..nenek memang garang...

tapi malam ini, aku teringatkan arwah nenek..saat itu, air mata kerinduaan mengalir di pipi ku mengiringi bacaan surah-surah al-quran...sayu..

aku rindukanmu nenek..
ya ALLAH, semoga roh nenek dicucuri rahmat,
al-fatihah...

3am??


my 3am discovery activity..
i found out that i can bind my hair up tho..impress..=p
my hair is longer than before..yeahh!!!



after i had snap this picto..i also spent 10 minutes to edit it..=p
xde keje punya budak ini..

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..