aku tak pasti mengapa aku tidak tidur lena semalam..seperti rasa gelisah tanpa punca yang jelas..aku memang uzur, tapi ini bukan hari pertama..
aku mungkin tidur pada jam 4 pagi selepas memaksa diriku untuk tidur..aku perlukan rehat kerana seharian ahad aku berjalan dan bershoping sakan bersama sara..
pagi itu, aku sempat melihat sara bersiap untuk ke ofis, namun aku tidak dapat memandang dengan betul kerana mataku sakit akibat tidur 3 jam sahaja..selepas menghantar msj kepada beberapa orang yang penting, aku menyambung tidurku..
tepat pukul 10 aku terjaga..perutku sakit yang amat sangat, aku menyapu losyen gamat untuk menghilangkan rasa sakit itu, namun tidak berhasil..aku gagahkan diri ke bilik air dan mandi..
selepas mandi, perut masih terasa sakit..
aku nekad naik bas balik ke rumah dengan beg tergalas di bahu.walaupun aku rasa nak pitam, badan ke berpeluh menahan sakit akhirnya dan sampai rumah dengan selamat..aku berjaya mengatasi rasa sakit..
tahniah buat diri sendiri..=)
No comments:
Post a Comment