Sunday, July 13, 2008

bertukang di petang ahad..

hari ahad..aku bangun pukul 10.30 pagi..terkejut kerana terlajak tidur..aku suruh sara call hp kyrul. semalam aku janji dengan kyrul untuk bermain tenis di uitm. dem it!mesti dia bengang dengan aku..

aku terus mencapai hp itu, dengan suara baru bangun tidur aku memohon maaf darinya. mesti kyrul akan berhati-hati bila aku ajak dia main tenis lagi..huhu!sara bangun dari katil dan terus ke bilik air..aku di atas katil menyesali kejadian pagi tadi..

setelah sara siap, aku pula masuk ke bilik air.bukan mandi, tapi hanya gosok gigi dan basuh muka..
aku terus turun ke bawah dan menuju ke ruang depan. ibu sara dan kakaknya sedang bersembang..sara bangun dan mengajakku sarapan..

lepas je sarapan aku dan sara meneruskan misi kedua. bertukang di bilik kecilku..pakcik gemuk kata aku poyo sebab barang2 ikea tak perlu betukang..siot je..dia bukan tahu apa pun..biarla..=p

aku dan sara smpai di rumah aku dengan 2 orang anak buah sara, arjuna dan kelana.yang si kelana ni sampai menangis-nangis nak ikot kami. selepas berjanji akan berkelakuan baik, sara simpati.aku pun tumpang suka sebab ada juga bantuan-bantuan kecil dari 2 hero ni.
tapi,selepas mereka lihat tangga rumah aku,mungkin rasa menyesal timbul di hati si kecil ni..haha!aku janji aku akan buatkan mereka air ribena.rasuah sikit..=p

selesai mengangkat barang, kami pasang kerusi,meja dan lampu meja aku. tapi bahagian paling menyampah masa nak pakukan penyakut baju yang baru beli tu..ya ALLAH, punyalah murah kayu pintu ni, paku dah lekat pun boleh tarik pakai tangan. kesudahanya, kami pakukan penyangkut baju di dinding bersebelahan pintu. retak habis dinding bilik ni..nasiblah bukan rumah aku pun..haha!=p

kami ubah kedudukan katil aku dan almari baju. semuanya nampak lebih teratur dan bilik kecil ni nampak ada lebih ruang..erm lebih selesa bagi aku..

terima kasih buat sara dan dua hero kecil..yang pasti aku dan sara masih boleh bertukang tanpa orang lelaki,ini menunjukkan kami mampu berdikari walaupun senget benget paku kami..haha!=p

nway..it was fun!=) luv u sara...

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..