Friday, July 25, 2008

hari enjoy

haha!bila kata je hari enjoy ni..bukan enjoy sikit-sikit tau..enjoy katak punya..

oklah pagi ada kelas pak lah, setelah berkira-kira untuk ponteng kelas, akhirnya aku melangkah ke kelas..dengan mata yang berat dan dengan perut yang lapar aku tetap gagahi penungguan bas

masuk je kelas,pak lah memandangku kosong..aku dengan muka selamba mencari tempat duduk..haha!kalau ikutkan lecturer garang mahu ditelan-telan budak macam aku ni..kelas mula 8.30pagi, 9.30 pagi baru masuk kelas..=p

lepas je mengajar ala kadar, pak lah nak dengar perkembangan tentang projek komuniti..wan dengan berat langkah menerangkan status projek tu, dibantu oleh nora yang dah kurus..hehe!=p

semuanya berjalan dengan baik, habis je kelas, yuyu tiba-tiba bawa keluar beg yang penuh dengan baju-baju..kelas mass media dah bertukar jadi kelas beli belah..haha!yang lain tak lepas peluang membelek baju- baju tu.ada yang dah siap cuba lagi kat kelas...erm..laku gak jual baju kat kelas, aku ingat lepas ni, aku nak jual karipap kat kelas..dengan resipi ibu aku rasa mesti laku kan?haha!=p

oklah,aku dengan nezha dan yang lain terus mencari makanan tengahari..aku memang serius lapar gila, tapi bukan teringin nak makan nasi..tapi makan soto..

lepas je makan, aku mesej wan ajak main bowling..yang syoknya,wan dan zaid terus on..aku dengan nezha pun terus bergerak ke PAS.tiba-tiba kirin dengan lia pun nak join..apa lagi kami teruskan misi main bowling ni..biasalah wan,mesti menang punya..budak kecik pun x kurang hebat..kalahkan aku..ceh!

selesai main bowling, kirin dan lia pun bergerak nak balik kampung diaorang..aku dan yang lain terasa nak minum, jadi kami makan di stesen kopitiam..aku makan buat kali kedua utk hari tu..ish,perut macam perut jin..=p

malam tu pulak, aku, wan, zaid, dy dan alin pergi karaoke kat klang parade..wan bawa kereta punya la macam pelesit,kelam kabut..sakit jantung aku..alin yang duduk depan,dah mengucap panjang agaknya..walaupun wan dah cuba bawa selaju yang mungkin,sayangnya kami terlewat..ada masa satu jam je nak karaoke pun..tapi xpela..asalkan dapat lepas gian nak karaoke..dengan muka agak sedikit hampa kami pun balik..

tetapi di saat semua sedang meratapi kehampaan, zaid tetiba tegur satu sign board yang macam ?@@#$**! haha!lawak gile..nak tengok??!!haha!kami gelak besar dan mula maki siapa yang takde keje buat mcm tu..zaid turun dn tangkap gambar..tgk bwh nieh!!haha!=p



lepas je dari tu, kami lepak makan di a&w..aku balas dendam makan lagi sekali..kesimpulannya,hari tu, hari enjoy aku..haha!terima kasih kawan-kawan...!syg korang!=)

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..