hari ini, aku dan ibu, adik serta 2 sepupu kecilku ke majlis pertunangan..selepas beberapa ketika sesat di sungai besi akhirnya kami sampai ke rumahnya..
majlis ini adalah majlis temanku..aku berkawan dengannya pada usia aku 11 tahun..aku ingat kali pertama aku masuk ke kelas seroja itu, ayah kenalkan aku dengan anak sahabat seperjuangannya..pertama kali aku bersekolah di sekolah kawasan kem tentera..dan pertama kali kembali aku tinggal bersama ibu dan ayah..
aku yang masih terpinga-pinga ditegur mesra oleh nurhaslisda abu samah..sejak itu kami berkawan dan sehingga ke hari ini..rekod buat pertama kali aku berjaya menjaga ikatan persahabatanku..kawan-kawan dari sekolah rendah semuanya aku tidak tahu ke mana..
linda teman aku bermain bola dengan budak-budak lelaki di flat kami..bukan itu sahaja kami sering bersama dengan basikal mountain bikenya..aku rasa gambar aku berbasikal dengan linda masih ada..
kenangan yang seronok buat aku ingati ~smile~
tapi malangnya setelah tersesat, rombongan lelaki hafiz sudah pun meninggalkan majlis..tapi takpelah..gambar banyak...tengok jelah..
aku tersenyum melihat linda..cantiknya dia dalam persalinan tunangan itu..warna peach..sesuai dengan kulit putihnya itu..aku memeluknya sambil mengucap tahniah..jelas kelihatan dia berasa gembira dengan kehadiran kami sekeluarga..
itu janji aku..teman paling lama..aku akan ke majlis tunang dan kahwin kamu..ia tanda kasih aku atas persahabatan kami yang kekal 12 tahun hingga ke hari ini..
aku bila lagi??~tongue~ haha!
2 comments:
Nanti I tunang pun u kena datang tau.
oit mesti punya kena datang..muaxXx!!!
Post a Comment