Friday, May 30, 2008

aku tersenyum lagi...

hari nie..aku lewat-lewat bangun dari tidur..dikejutkan dengan panggilan telefon..namun,selepas beberapa ketika aku terlena kembali..suara ayah menegangkan ketenangan aku..

aku yang tersentak dengan laungan ayah memanggil terus turun ke bawah..mengambil pakaian yang kotor dan menuju ke mesin basuh..tidak berapa lama ibu pulang ke rumah membawa makanan..ini yang buat aku suka bila pulang ke rumah,tentang makanan bukan masalah seperti di kota..aku perlu mencari makanan sendiri dan jika penyakit malas menghinggap..aku rela berlapar ataupun memesan makanan yang dihantar oleh lelaki berpakaian uniform..

aku membuka email, aku tersenyum lagi...dia akhirnya membalas soalan ku di facebook..paling gembira bila dia juga masih ingat kepada ku..dan bonus bagiku, dia juga mengirim komen menyatakan yang aku adalah yang pertama..berbunga gembira..namun ia hanya untuk mengisi tabung kegembiraan..yang lama tetap kenangan,yang bakal datang adalah masa depan..aku gembira kerana menerima khabarnya...

senyuman makin berbunga..apabila seorang teman dari zaman sekolah rendah menyapa di friendster..aku rasa aku kenal padanya..namun jika tidak, persahabatan masih boleh diteruskan..
katanya, dia terjumpa page aku dari linda..kenangan sekali lagi bertaut di minda..linda kawan sekolah rendah dan dia sahaja yang aku mampu jaga perhubungan sehingga hari ini..yang lain sudah terbang merata..aku tak pasti...

linda bakal bertunang esok..aku dan ibu akan bertandang ke rumahnya..bahagianya bila melihat kawan baik sejak kecil punya teman hidup..sedangkan aku masih tidak berpunya..~grins~
teringat pada mimpi yang lepas...betulkah aku akan menamatkan zaman bersendiri di kala aku berumur 30 tahun...

biarlah...masa penentu...aku tersenyum lagi...

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..