Wednesday, June 4, 2008

melaksanakan hasrat...

sabtu lepas..
di pertemuan aku dengan sara di rumahnya..aku menyatakan hasrat hati aku nak tukarkan style rambut..saje je..bosan nak ikat rambut,so aku nak potong pendek rambut...ada orang membantah,tapi dia bukan siapa untuk menentukan hidup aku..dia tak berhak..

malam ini, ibu tiada di rumah..ada dinner di kuantan buat isteri-isteri askar dan lawatan di masjid di terengganu....ibu akan pulang jumaat ini..mesti dia terkejut punya..bebel tu dah pastilah..

akhirnya hasrat itu aku jadikan ia kenyataan..sementara ada duit di tangan, baik aku langsungkan niat ni..kalau tak, habis buat duit top up je..~grins~

rambut aku sudah pendek di tangan si lembut yang melayan lelaki lebih baik daripada melayan perempuan seperti aku..ceh!nak kejar masa punya pasal..dia main sebat je buat rambut aku..dah tu..habis ditepek pewarna sebeban di atas kepala..nasib tak ketara warna coklat nie..nasib baik...~grins~ tak guna punya p%#@&!!



hasrat terlaksana...cuma cuak nak mengadap ibu dan ayah je nie..ngee~tongue~
confirm kena bebel..

Monday, June 2, 2008

panggilan seorang isteri..??

pengalaman pertama aku menerima panggilan seorang isteri kepada seorang lelaki yang

cuba mencari kepastian..
mencari jawapan untuk teka teki yang bermain di mindanya..
mencari kekuatan untuk bersuara menentang kesilapan..

owh sang lelaki
memang tidak cukup pada satu..aku akui tiada apa yang kurasakan tentang diri lelaki itu kerana aku memang aku cuma berkawan..tiada perasaan lain buatnya..memang sedih pabila menjadi sang isteri yang kecewa..aku pernah menyaksikannya sendiri..

hatiku ku runtun hiba, mendengarkan kesedihan wanita yang sedang sarat menerima khabar tentang suami yang cuba mencari hiburan lain..
ya ALLAH, jangan Kau palingkan semua ini terhadap aku..ia seolahnya mencipta sejarah kedua buat keluarga ini..tidak aku tak mahukan ini..

aku bukan seorang penyimpan dendam..tak mungkin aku akan bertindak kejam kepada seorang wanita..kerna aku percaya kepada KARMA..kepercayaan kepada kuasa ALLAH..segala yang terjadi punya sebab..punya kesan..punya pusingan..

aku percaya diriku seperti ibu..namun aku tidak mahu kehidupan seperti ibu..ibu tabah, mampu berjalan dia atas bara api..sedangkan aku pegang periuk panas pun tak berani..

aku tergamam,menggigil tubuhku walaupun tiada angin meniup tapi hujan seperti akan turun..

Sunday, June 1, 2008

ahad yang mengujakan...

1 hb jun, aku nekad membawa skuter milik adikku pulang ke melaka..ini misi aku yang terakhir selepas menguruskan penghantaran komputer kepada arin dan ke majlis pertunangan teman lamaku..

ini janji aku sebulan lepas dengan adikku adlan, tentang hal tersebut..masa tu aku betul perlukan kenderaan untuk menyelesaikan tugasan akademik untuk semester 5..setelah berhempas pulas untuk menjayakan tugasan, aku kini mahu pulang ke rumah..

ibu mulanya berasa sangsi, dia menyuruh adikku sendiri membawa skuter ini pulang ke melaka..tp aku yakinkan ibu yang aku boleh lakukannya..puas juga berperang dengan makngah yang risau tentang aku..tapi ijai, sepupuku memberi jaminan keselamatan..skuter itu mampu meredah lebuhraya dari puchong ke kluang bulan lepas..ini cuma perjalanan setengah dari itu...misi diteruskan..

aku menyarung jaket uitm milikku yang sudah menjadi jaket rasmi skuter ini..helmet pinjam milik sahabatku dipakai dan aku memulakan perjalanan..
owh sebelum itu, aku isikan tangki minyak skuter ini..habis duit aku 8 ringgit..skuter nie memang kuat melantak minyak..ini semua sebab kaburetor yang dah teruk..tapi masih selamat..

konvoi bersama ibu memang menyeronokkan..ibu, adik dan 2 sepupu aku menaiki kereta..ibu menetapkan kelajuan perlahan dan bersaingan denganku..skuter hitam berpelekat Manchester United meredah lebuhraya plus yang agak sibuk..mungkin sebab cuti persekolahan yang sudah bermula seminggu lepas..semua keluarga mengambil peluang membawa anak mereka berjalan-jalan...

ini konvoi anak beranak..kami saling memotong..ibu beri peluang buat aku mendahuluinya..jaga hati..padahal kalau ibu pecut, tentu-tentu aku dah tertinggal di belakang..tapi kerana kasih sayang..ibu layankan je..~tongue~

adik perempuanku sempat merakamkan video aku menunggang skuter..dah macam lelaki lagaknya dengan jaket hitam dan beg laptop di belakang..mungkin semua kata aku seperti menambah beban kerana memakai beg laptop, namun aku punya sebab tersendiri..kerana tubuhku yang kecil macam orang kurang zat ni ditiup angin semasa membawa skuter, aku pasti melayang..jadi beg ini menambah beban dan mengurangkan pontensi aku melayang dengan lebih teruk..haha!

selepas 1 jam lebih meredah jalan, ibu menyarankan agar aku berhenti di perhentian senawang...berlagak nak teruskan perjalanan padahal pergelangan tangan aku dah lenguh..selepas aku mematikan enjin motor, terasa kebas di seluruh muka..ini pertama kali aku rasakan begini..aku adukan pada ibu, ibu tergelak melihatkan gelagatku..

selesai minum, kami meneruskan perjalanan..lepas 1 jam kami kelihatan signboard alor gajah..itu tandanya kami sudah hampir ke destinasi..aku gembira dan tak berhenti memandang signboard..tengok punya tengok, aku pandang ke hadapan..ya ALLAH, ada lori besi sedang berhenti di bahu jalan, itu laluan motor...aku terus menarik brek...arghhh!!!20 cm je lagi jarak antara aku dan besi dalam lori tu...phewww!! nasib baik weh..kalau tak dah jadi episod lain pula cerita ahad nie..~grins~

berdebar jantung woo...aku terus membelok ke persimpangan keluar ke alor gajah..ibu yang di hadapan memberi signal untuk berhenti di kiri jalan..ibu terus keluar dari kereta..aku terus berhenti di depan ibu...sakit jantung ibu kakak, kamu tak nampak lori tu ke??berangan ke?
itulah yang keluar dari mulut ibu sejurus aku membuka helmet..

jangan kata jantung ibu sakit..jantung aku pun rasa nak pecah tadi..argh..umur masih panjang seh!!alhamdulillah kami semua selamat sampai...fuh!memang ahad yang mengujakan...~tongue~



About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..