Monday, June 2, 2008

panggilan seorang isteri..??

pengalaman pertama aku menerima panggilan seorang isteri kepada seorang lelaki yang

cuba mencari kepastian..
mencari jawapan untuk teka teki yang bermain di mindanya..
mencari kekuatan untuk bersuara menentang kesilapan..

owh sang lelaki
memang tidak cukup pada satu..aku akui tiada apa yang kurasakan tentang diri lelaki itu kerana aku memang aku cuma berkawan..tiada perasaan lain buatnya..memang sedih pabila menjadi sang isteri yang kecewa..aku pernah menyaksikannya sendiri..

hatiku ku runtun hiba, mendengarkan kesedihan wanita yang sedang sarat menerima khabar tentang suami yang cuba mencari hiburan lain..
ya ALLAH, jangan Kau palingkan semua ini terhadap aku..ia seolahnya mencipta sejarah kedua buat keluarga ini..tidak aku tak mahukan ini..

aku bukan seorang penyimpan dendam..tak mungkin aku akan bertindak kejam kepada seorang wanita..kerna aku percaya kepada KARMA..kepercayaan kepada kuasa ALLAH..segala yang terjadi punya sebab..punya kesan..punya pusingan..

aku percaya diriku seperti ibu..namun aku tidak mahu kehidupan seperti ibu..ibu tabah, mampu berjalan dia atas bara api..sedangkan aku pegang periuk panas pun tak berani..

aku tergamam,menggigil tubuhku walaupun tiada angin meniup tapi hujan seperti akan turun..

No comments:

About Me

My photo
nakal.simple.gile2.degil.big dreams.in love with future..